Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno8 5G akan dilengkapi cip kamera sama dengan OPPO Find X5 Pro

Pada awal tahun ini, OPPO telah memperkenalkan telefon pintar OPPO Find X5 Pro yang dilengkapi cip pengimejan neural processing unit (NPU) MariSilicon X bagi menghasilkan kualiti gambar yang terbaik, terutamanya dalam suasana malap.

Kini cip MariSilicon X itu bakal dilengkapkan dalam siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno8 5G. Cip yang dibuat dengan nod proses 6nm itu boleh melengkapkan 18 trilion operasi sesaat dan merupakan NPU pengimejan yang tercanggih pada waktu ini.

MariSilicon X boleh menghasilkan rakaman Ultra Night Video yang lebih jelas dan kurang noise, selain daripada kualiti gambar potret malam (night portrait) yang premium.

Setakat ini masih tidak diketahui bilakah siri OPPO Reno8 5G akan dilancar di Malaysia. Ia akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 18 Julai 2022. Sebelum ini, ia telah pun dilancar untuk pasaran China dan terdiri daripada tiga varian utama iaitu Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version