Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno8 akan dilancar pada 23 Mei 2022, mungkin telefon Snapdragon 7 Gen 1 pertama

OPPO telah mengesahkan dalam media sosial Weibo bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, OPPO Reno8, pada hari Isnin, 23 Mei 2022 jam 7:00 malam di China.

Siri telefon ini dijangka bakal menjadi peranti pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 7 Gen 1 oleh Qualcomm. Cipset kelas pertengahan ini dibina dengan nod proses 4nm oleh Samsung, serupa dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang dilancar pada bulan Disember 2021.

Snapdragon 7 Gen 1 dikhabarkan akan mempunyai lapan teras, terdiri daripada teras utama ARM Cortex A710 2.36GHz, teras ARM Cortex A510 1.8GHz dan GPU Adreno 662.

Selain cipset tersebut, siri OPPO Reno8 akan dilengkapi cip pengimejan NPU MariSilicon X yang sebelum ini diperkenalkan dalam siri OPPO Find X5. Cip ini membenarkan pengguna Reno8 untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas dalam situasi malap.

Siri Reno8 dijangka akan terdiri daripada tiga varian utama, di mana perbezaannya boleh dilihat pada cipset iaitu MediaTek Dimensity 8100-Max, Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 dan MediaTek Dimensity 1300. Semua varian ini akan turut dilengkapi cip MariSilicon X bagi menawarkan kebolehan fotografi yang lebih canggih.

Jika anda berminat untuk mendapatkan siri OPPO Reno7, ia telah pun dilancar di pasaran Malaysia pada bulan Februari lalu dan dijual pada harga bermula RM1,999.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version