Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno8 akan dilancar secara antarabangsa pada 18 Julai 2022

OPPO telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaharu, OPPO Reno8, di China pada bulan Mei lalu dan kini mereka bakal melancarkannya untuk pasaran antarabangsa pula, bermula dengan India. Menurut sumber, telefon itu bakal dilancar di India pada pada 18 Julai 2022.

Sebelum ini, siri OPPO Reno8 terdiri daripada tiga varian utama iaitu Reno8, Reno 8 Pro dan Reno8 Pro+ jadi varian yang sama mungkin akan dilancar untuk pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, sebelum ini tidak semua varian Reno7 ditawarkan untuk pasaran antarabangsa, jadi terdapat kemungkinan untuk Reno8 melakukan perkara yang sama.

Reno8 Pro+ dan Reno8 Pro menampilkan cip kamera MariSilicon X sama yang terdapat pada Find X5 Pro, jadi ia pasti boleh menghasilkan kualiti gambar yang cantik. Reno8 Pro pula adalah telefon pertama yang dilancar dengan cipset Snapdragon 7 Gen 1, manakala Reno 8 Pro+ dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100 untuk prestasi yang setaraf dengan cipset andalan.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancaran siri telefon ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version