Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno8 T dilancar di Malaysia: Skrin lengkung mikro dan kamera 108MP bermula RM1,399

Hari ini, OPPO Malaysia telah melancarkan siri OPPO Reno8 T yang terdiri daripada Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G. Reno8 T 5G dilengkapi kamera potret 108MP, mikro 40x dan kamera kedalaman 2MP bersama-sama dengan kamera swafoto 32MP.

Spesifikasi lain termasuk Snapdragon 695 5G, RAM 8GB, RAM maya tambahan sehingga 8GB dan storan 256GB serta menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB. Kamera utamanya mempunyai teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO.

Ia juga memiliki paparan lengkungan 56 darjah 3D AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93%, segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 120Hz yang boleh dipertingkatkan sehingga ke 1,000Hz. Skrinnya mempunyai pelindung DT-Star2. Bahagian bateri pula berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 67W.

Reno8 T 4G hadir dengan kamera potret 100MP, mikro 2MP dan kamera zum 20x atau 40x bersama kamera swafoto 32MP. Ia juga menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 33W. Reno8 T 4G dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz, Helio G99, RAM 8GB, ROM 128GB dan RAM yang boleh dikembangkan sehingga 8GB RAM.

OPPO Reno8 T 5G:

OPPO Reno8 T 4G:

Siri OPPO Reno8 T menggunakan sistem operasi ColorOS. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu Sunrise Gold dan Midnight Black. Tempahan untuk Reno8 T 5G bermula dari 7 Februari 2023 pada harga RM1,799 dan layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM377.

Reno8 T 4G akan dijual pada harga RM1,399 dan tersedia untuk pembelian bermula dari 11 Februari 2023. Hadiah percuma merangkumi Enco Buds2, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun dan waranti lanjutan 1 tahun. Tempahan boleh dibuat di semua MY OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, rakan e-Dagang dan pengedar sah.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Reno8 T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version