Site icon TechNave BM

Siri permainan video Half-Life kini boleh dimainkan dengan percuma

Semua game dalam francais permainan video terkenal Half-Life kini boleh dimainkan dengan percuma sehingga Mac 2020. Ini termasuklah Half-Life, sekuelnya Half-Life 2 dan semua game sambungan yang berkaitan dengan kedua-dua game tersebut.

Tawaran ini adalah untuk menyambut kedatangan game terbaru dalam siri itu, Half-Life: Alyx, yang akan dilancarkan pada bulan Mac.

Francais Half-Life adalah antara siri game yang paling diminati ramai dan telah mendapat puluhan anugerah pada tahun-tahun lepas. Anda juga tidak perlu risau jika komputer anda boleh menyokong game ini atau tidak, kerana game yang dikeluarkan pada tahun 1998 dan 2004 ini tentunya tidak akan memberi masalah kepada komputer anda yang lebih baru.

Jika anda masih belum bermain Half-Life, sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk mengalami karya digital hebat ini. Kongsi pendapat anda tentang Half-Life di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Steam

Exit mobile version