Site icon TechNave BM

Siri POCO F5 mungkin penjenamaan semula siri Redmi K60

Sebelum ini, kami dilaporkan bahawa POCO mungkin sedang bersiap sedia untuk melancarkan POCO C50 pada minggu depan dan siri POCO X5 pada Februari 2023. Kini, satu lagi khabar angin mengatakan syarikat itu akan melancarkan siri POCO F5 selepas itu yang merupakan penjenamaan semula siri Redmi K60.

Menurut Kacper Skrzypek di Twitter, F5 Pro akan menjadi Redmi K60 yang dijenamakan semula tetapi tidak pasti mengenai identiti varian standard F5. Sekiranya siri Redmi K60 merupakan siri POCO F5, Redmi K60e mungkin merupakan versi standard F5. Namun, Skrzypek berkata perkara itu tidak berlaku kerana K60e adalah peranti eksklusif di China.

Berkemungkinan besar juga, POCO tidak mengeluarkan F5 dan hanya mengeluarkan F5 Pro. Namun begitu, ini hanyalah jangkaan daripada peminat dan penganalisis gajet.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version