Site icon TechNave BM

Siri POCO F6 dilancar: SD 8s Gen 3 dan skrin Flow AMOLED 120Hz 6.67″ bermula RM1,559

POCO melancarkan siri POCO F6 yang merupakan berita gembira kepada peminat permainan video, fotografi dan penggemar teknologi. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang baru, POCO F6 Pro menampilkan paparan Flow AMOLED WQHD+ 120Hz 6.67 inci dengan bezel ultra nipis manakala POCO F6 pula dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 3 dengan WildBoost Optimization 3.0 dan LiquidCool Technology 4.0 untuk pengalaman permainan yang tiada tandingan.

POCO F6 Pro menampilkan sistem sensor kamera terbaik dalam rangkaian POCO, memastikan perincian yang lebih jelas dalam setiap tangkapan. Teknologi Dual Native ISO Fusion baharu membolehkan pengguna mengambil gambar dengan kontras cahaya yang ketara, menghasilkan foto kreatif yang ideal.

Ciri Burst Mode 2.0 dan POCO Imaging Engine memudahkan tangkapan dengan cepat dan lancar dan dibantu oleh Algoritma Ultra Night yang membolehkan tangkapan gambar malam yang jelas dan terang dengan warna yang lebih tepat melalui AI multi-frame fusion.

Tersedia dalam warna Hitam atau Putih dengan kaca baldu yang licin disentuh, POCO F6 Pro dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W di mana telefon ini boleh dicas sepenuhnya dalam hanya 19 minit. POCO F6 pula menawarkan skrin CrystalRes Flow AMOLED DotDisplay 6.67 inci, kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 2400 nits.

POCO F6 dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor ultralebar IMX882 dan apertur besar F/1.59 untuk foto berkualiti tinggi pada siang dan malam. Ciri OIS dan EIS kini menjadi standard dalam siri F bersama video 4K pada 60 FPS untuk rakaman video ultra-jelas. Tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Hijau dan Titanium, POCO F6 mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecasan turbo 90W yang mencapai 100% dalam masa kira-kira 30 minit.

Berikut adalah varian dan harga yang ditawarkan:

ProdukVarianHarga Tawaran Pembelian awalPlatform
POCO F6 Pro 12GB+256GBRM 2,299RM 2,059Lazada | mi.com
12GB+512GBRM 2,499RM 2,159Shopee
16GB+1TBRM 2,899RM 2,599Lazada |
Shopee |
mi.com
 POCO F6 8GB + 256GBRM 1,799RM 1,559 Shopee | mi.com 
12GB+512GBRM 1,999RM 1,699

Bermula 23 hingga 31 Mei 2024, harga awal eksklusif untuk model ini tersedia di platform e-dagang eksklusif di mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version