POCO akan melancarkan telefon pintar andalan mereka untuk 2025 pada 27 Mac ini dalam satu acara global yang akan berlangsung di Singapura pada jam 4 petang. Berdasarkan imej yang dikeluarkan, dua model yang bakal diperkenalkan ialah POCO F7 Pro dan POCO F7 Ultra dengan tagline “Ultrapower Unleashed”.
Ini juga menandakan kemunculan pertama model “Ultra” dalam keluarga POCO. Walaupun acara ini adalah global, terdapat khabar angin bahawa India hanya akan menerima model POCO F7 biasa yang masih menjadi misteri buat masa ini. Dengan hanya dua model ditampilkan, terdapat kemungkinan model standard akan dilancarkan secara berasingan.
Daripada segi spesifikasi, POCO F7 Pro dan F7 Ultra dikatakan berasaskan Redmi K80 dan K80 Pro, namun mungkin terdapat beberapa perubahan terutamanya pada bahagian bateri. Pelancaran siri F7 ini juga berlaku lebih awal daripada jangkaan kerana POCO F6 diperkenalkan pada Mei 2024 manakala F5 pada Mei 2023.
Acara pelancaran akan distrim secara langsung di YouTube dan juga X. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: X

