Site icon TechNave BM

Siri POCO X5 5G bakal dilancar di Malaysia pada 6 Februari ini

Selepas timbulnya khabar angin dan mengacah, POCO akhirnya telah mengesahkan pelancaran global untuk POCO X5 5G dan POCO X5 Pro 5G iaitu pengganti kepada POCO X4 Pro pada 6 Februari ini. Acara pelancaran atas talian tersebut bermula pada pukul 8 malam di Facebook rasmi POCO.

Paparan POCO X5 Pro muncul baru-baru ini yang menunjukkan skrin lubang tebuk rata dan terdapat pilihan dalam warna hitam dan biru. Berdasarkan khabar angin baru-baru ini, POCO X5 Pro 5G akan menjadi versi penjenamaan semula Redmi Note 12 Speed Edition yang dikuasakan oleh Snapdragon 778G.

Selain itu, ia juga menggunakan sensor Samsung HM2 108MP 1/1.52 inci, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Ia turut mengekalkan paparan OLED 6.67 inci FHD+ 120Hz dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W seperti pada Redmi Note 12 5G. POCO X5 5G dikatakan sebagai model Redmi Note 12 5G yang dijenamakan semula.

Bagaimanapun, ia tidak menggunakan cipset Snapdragon 4 Gen 1 seperti yang dikatakan tetapi dilengkapi cipset Snapdragon 695. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: POCO

Exit mobile version