Site icon TechNave BM

Siri realme 10 akan dilancar di Malaysia pada 8 Disember 2022

Hari ini, realme Malaysia telah mengumumkan bahawa siri realme 10 akan tiba ke Malaysia yang dijadualkan pada 8 Disember 202. Acara pelancaran yang mungkin disiarkan bersama video strim langsung akan bermula pada 3.30 petang.

Setakat ini, realme 10 Pro dan realme 10 Pro+ berkemungkinan besar akan memasuki pasaran Malaysia. Bermula dengan realme 10 Pro, ia menampilkan skrin LCD 120HZ 6.72 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 695, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, dwi-kamera belakang 108MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Kemudian, realme 10 Pro+ pula menampilkan skrin AMOLED 6.7 inci, cipset MediaTek Dimensity 1080, pek bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W, tri-kamera belakang yang terdiri daripada lensa 108MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP. Varian ini adalah yang mempunyai paparan sisi melengkung 2.5D 61 darjah yang pertama untuk realme.

Kami tidak pasti konfigurasi memori yang akan dibawa ke pasaran Malaysia. realme 10 Pro+ mempunyai 8GB + 256GB dan 12GB + 256GB manakala realme 10 Pro mempunyai yang sama tetapi model tambahan 8GB + 128GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Facebook realme

Exit mobile version