Site icon TechNave BM

Siri realme 10 bakal dilancar: Mungkin tampilkan paparan AMOLED, RAM 8GB dan storan 128GB

realme baru sahaja mengumumkan ketibaan siri realme 10 yang akan dilancarkan pada bulan depan tetapi tarikhnya masih tidak diketahui. Ketua Pegawai Eksekutif, Madhav Sheth telahpun berkongsi mengenai reka bentuk, paparan dan prestasi peranti.

Walapun beliau tidak berkongsi banyak butiran, tetapi maklumat mencadangkan bahawa siri ini akan mempunyai varian dengan paparan rata dan melengkung. Ini hanya pendedahan awal dan kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Khabar angin mengatakan bahawa realme 10 4G akan hadir dengan paparan AMOLED 6.4 inci dengan potongan lubang tebuk. Ia akan menawarkan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 90Hz. Peranti ini mungkin dikuasakan oleh cipset Helio G99, RAM 4GB, storan 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. 

Sementara itu, realme 10 Pro+ 5G akan mempunyai paparan AMOLED FHD+ 6.7 inci dengan tepi melengkung dan pengimbas cap jari dalam paparan. Ia dilaporkan akan menampilkan cipset Dimensity 1080 bersama sehingga RAM 8GB dan storan 128GB. Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version