Site icon TechNave BM

Siri realme 10 Pro dilancar di Malaysia: Skrin OLED 120Hz, cas pantas 67W, kamera 108MP bermula RM1,299

Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar terbaharu dalam siri realme Number Series iaitu realme 10 Pro 5G dan realme 10+ Pro 5G. Dua telefon ini menampilkan spesifikasi yang sangat menarik untuk telefon kelas pertengahan.

Siri realme 10 Pro menampilkan rekaan belakang yang sangat berkilauan dan ditawarkan dalam dua warna iaitu Hyperspace Gold dan Dark Matter untuk realme 10 Pro+, serta Hyperspace Gold dan Nebula Blue untuk realme 10 Pro.

realme 10 Pro+ menampilkan skrin bertaraf andalan, dengan panel AMOLED, kadar segar semula 120Hz, sempadan bezel nipis serta bahagian sisi yang melengkung. Skrin realme 10 Pro masih menyokong kadar segar semula 120Hz, namun ia tidak mempunyai panel AMOLED manakala bahagian sisinya pula rata sahaja.

realme 10 Pro+ menawarkan RAM yang sangat tinggi untuk telefon kelas pertengahan, di mana RAM 12GB boleh dibesarkan lagi sebanyak 12GB dengan teknologi RAM maya, menjadikan RAM keseluruhan boleh ditingkatkan kepada 24GB untuk kegunaan multi-tugas yang lebih lancar.

Kedua-dua telefon mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, namun hanya realme 10 Pro+ yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W dan pengecasnya disertakan dalam kotak. realme 10 Pro sekadar menyokong pengecasan pantas 33W sahaja.

Untuk fotografi pula, kedua-dua telefon mempunyai kamera utama 108MP ProLight untuk mengambil gambar dengan butiran tinggi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri realme 10 Pro:

realme 10 Pro+

realme 10 Pro

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 15 Disember 2022, kemudian ia akan mula dijual secara rasmi pada 16 Disember 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 10 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version