Siri realme 11 telah dilancarkan yang terdiri daripada realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+. Siri realme 11 menampilkan reka bentuk melengkung pada bahagian bucu dan sisi sambil menampilkan dataran kamera bulat yang besar.
Barisan realme 11 Pro memaparkan paparan AMOLED 6.7 inci menawarkan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz tetapi varian 11 Pro+ hadir dengan peredupan 2160 PWM, sokongan gamut warna DCI P3 100% dan panel melengkung di bahagian hadapan. Sementara itu, model standard memaparkan paparan AMOLED 6.43 inci dengan resolusi FHD+, kecerahan 430 nits, dan kadar penyegaran 90Hz.
Siri realme 11 Pro dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 7050, RAM LPDDR4X 12GB dengan memori tambahan 8GB dan storan sehingga 1TB. Kemudian, varian standard dikuasakan oleh cipset Dimensity 6020, RAM sehingga 12GB dan storan 256GB.
Selain itu, realme 11 Pro dan Pro mempunyai bateri 5,000mAh di mana 11 Pro menyokong pengecasan pantas 67W manakala model 11 Pro+ pula menyokong pengecasan pantas 100W. Sementara itu, realme 11 menampilkan pengecasan pantas 33W. Siri realme 11 menggunakan sistem operasi realme UI 4.0 berdasarkan Android 13.
Daripada segi kamera, realme 11 Pro dilengkapi dwi-kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP dan lensa potret 2MP manakala kamera swafotonya adalah 16MP. Varian 11 Pro+ menampilkan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 200MP (Samsung ISOCELL HM3) yang mempunyai saiz piksel besar 2.24μm, lensa ultra lebar 8MP dan makro 2 MP. Bahagian hadapannya pula memuatkan kamera swafoto 32MP.
Kemudian, realme 11 mempunyai dwi-kamera dengan sensor utama 64MP dan potret 2MP serta kamera swafoto 8MP. Spesifikasi lain termasuk bicu fon kepala 3.5mm dan slot kad microSD untuk model standard manakala siri Pro menampilkan dwi pembesar suara yang didayakan oleh Dolby Atmos dan pensijilan audio Hi Res. realme 11 Pro+ pula menawarkan fungsi tambahan iaitu NFC.
Untuk realme 11, anda boleh memilih antara warna oren atau hitam. Sementara itu, siri Pro hadir dalam warna Astral Black, Sunrise Beige dan Oasis Green dengan reka bentuk kulit dan jalur. Berikut merupakan harga yang ditawarkan mengikut varian:
realme 11
- 8GB + 256GB – 1,599 Yuan (~RM1,030)
- 12GB + 256GB – 1,799 Yuan (~RM1,159)
realme 11 Pro
- 8GB + 256GB – 1,699 Yuan (~RM1,095)
- 12GB + 256GB – 1,999 Yuan (~RM1,288)
- 12GB + 512GB – 2,199 Yuan (~RM1,417)
realme 11 Pro+
- 12GB + 256GB – 2,099 Yuan (~RM1,353)
- 12GB + 512GB – 2,399 Yuan (~RM1,546)
- 12GB + 1TB – 2,799 Yuan (~RM2,799)
Buat masa ini, kami tidak tahu ketersediannya di pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

