Site icon TechNave BM

Siri realme 11 Pro dilancar di Malaysia: Kamera 200MP, cas pantas 100W, rekaan kulit bermula RM1,499

Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan produk terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan realme Number Series iaitu realme 11 Pro 5G dan realme 11 Pro+ 5G.

Ciri yang paling menarik tentang siri telefon ini adalah rekaan luarannya yang menampilkan hiasan kulit yang direka oleh bekas pereka Gucci, Matteo Menotto. Kedua-dua telefon akan ditawarkan dalam warna Sunrise Beige dan Oasis Green, manakala untuk realme 11 Pro 5G sahaja akan ditawarkan dalam satu lagi warna iaitu Astral Black.

Selain itu, realme 11 Pro+ 5G menampilkan kamera utama 200MP pertama dalam dunia yang boleh membuat zum dalam-sensor lossless sebanyak 4x. Ini bermaksud ia akan menggunakan jumlah piksel yang tinggi itu untuk mengekalkan kualiti gambar yang tinggi apabila kamera sedang zum.

Ia juga menawarkan fungsi Auto-zoom di mana telefon ini boleh membingkaikan gambar yang paling sesuai untuk setiap situasi. Antara fungsi fotografi yang ditawarkan termasuklah SuperOIS, Super Nightscape, Moon Mode dan Starry Mode Pro. realme juga bekerjasama dengan Lonely Planet untuk menghasilkan tiga efek filter baharu iaitu Cinematic, Crisp dan Tranquil.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri realme 11 Pro:

realme 11 Pro 5G

realme 11 Pro+ 5G

Pra-tempahan akan dibuka bermula 21 Julai 2023 di Shopee dan Lazada serta kedai realme Official Brand Stores. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version