Site icon TechNave BM

Siri realme 12+ 5G dilancar di Malaysia: OLED 120Hz, kamera 64MP dengan zum 120x bermula RM1,499

Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan dua buah telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G. Selain spesifikasi bertaraf pertengahan, dua peranti ini menawarkan kamera yang agak menarik untuk telefon dalam kategori pertengahan.

realme 12 Pro+ 5G dilengkapi kamera telefoto periskop yang selalunya hanya ditawarkan dalam telefon andalan yang lebih mahal. Ia membolehkan zum optikal sebanyak 3x, zum dalam-sensor sebanyak 6x dan lebih menarik lagi, zum digital SuperZoom sehingga 120x.

Kamera utamanya pula mempunyai sensor Sony IMX890 dengan penstabilan imej optikal SuperOIS. Ia menawarkan prestasi fotografi mirip telefon mahal, terutamanya dalam mod potret dan mod malam. Untuk penggemar fotografi, ia boleh mengambil gambar dalam mod RAW untuk penyuntingan yang lebih mendalam.

Sewaktu mengambil gambar potret pula, Cinematic Bokeh Algorithm akan menghasilkan gambar potret dengan efek kabur pada latar belakang yang kemas. Rakaman video pula boleh diambil dalam nisbah aspek sinematik 2.39:1. Sementara itu, realme 12+ 5G dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600, menawarkan penstabilan OIS dan zum dalam-sensor 2x.

Satu ciri menarik adalah kebolehannya untuk menangkap gambar pantas pada kadar 208 gambar seminit. Ia turut menawarkan kamera ultra-lebar 112°, kamera mikro dan kamera swafoto 16MP. Daripada segi rekaan, kedua-dua telefon ini mempunyai permukaan belakang dengan hiasan kulit vegan untuk penampilan yang lebih premium.

realme 12 Pro+ 5G mempunyai rating kalis air IP65, manakala realme 12+ 5G pula dengan rating IP54. Untuk pilihan warna pula, realme 12 Pro+ 5G ditawarkan dalam warna biru Submarine Blue dan perang Navigator Beige manakala realme 12+ 5G ditawarkan dalam hijau Pioneer Green dan Navigator Beige.

Kedua-dua telefon dilengkapi saiz skrin yang hampir sama, iaitu 6.7 inci untuk realme 12 Pro+ 5G dan 6.67 inci untuk realme 12+ 5G. Jika anda menggunakan skrin ini di bawah hujan, ia mempunyai fungsi Rainwater Smart Touch yang boleh membezakan antara sentuhan air dengan input jari sebenar.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon

realme 12 Pro+ 5G

realme 12+ 5G

Sempena Festival 3.3 pada 3 Mac 2024, anda boleh dapatkan realme 12 Pro+ 5G (8GB+256GB) pada harga istimewa RM1,599 sahaja. Pelanggan yang membeli mana-mana telefon sebelum 14 Mac 2024 di Lazada, Shopee atau TikTok pula akan menerima pelbagai hadiah eksklusif.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 12 Pro+ 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version