Site icon TechNave BM

Siri realme 13 dilancar di Malaysia: Dimensity 7300, cas pantas 80W, OLED 120Hz bermula RM1,199

realme Malaysia hari ini melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme 13 5G dan realme 13+ 5G. Telefon ini menawarkan prestasi gaming yang agak tinggi untuk telefon pintar kelas pertengahan.

realme 13+ 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy yang boleh memainkan pelbagai game pada kadar bingkai (frame rate) sekitar 90fps hingga 120fps. Ini termasuklah PUBG Mobile, Free Fire, Mobile Legends Bang Bang, Honor of Kings dan COD Mobile.

Cipset tersebut dibina dengan nod proses 4nm dan mempunyai empat teras Cortex-A78 2.5GHz yang menghasilkan markah setinggi 750,000 dalam penanda aras AnTuTu. Untuk memori, ia mempunyai RAM fizikal sehingga 12GB dan boleh dibesarkan secara maya sebanyak 14GB lagi, menjadikan RAM keseluruhan kepada 26GB yang boleh menyokong 32 aplikasi serentak.

Jika anda ingin mengutamakan prestasi gaming dalam tempoh yang lama, ia mempunyai GT Mode bagi membenarkan anda bermain game dalam 90fps dengan lebih lama. Ia juga mempunyai sistem penyejukan wap yang dibuat daripada besi tahan karat (stainless steel vapour cooling system) seluas 6,050mm² bagi mengawal suhu telefon pada tahap optimum.

Satu lagi ciri menarik pada telefon ini adalah bateri 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan setinggi 80W. realme mengatakan pengecasan selama lima minit sahaja sudah cukup untuk bermain game selama satu jam.

Skrinnya pula menggunakan panel E4 AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 2,000 nits dan kadar bacaan sentuh sehingga 1,200Hz untuk pengalaman responsif sewaktu bermain game.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri realme 13:

realme 13+ 5G

realme 13 5G

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version