Site icon TechNave BM

Siri realme 13 Pro dan 13 Pro+ akan dilancar pada 30 Julai 2024

Pada minggu lalu, realme mengesahkan bahawa siri telefon pintar realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ akan dilancar pada bulai Julai ini, namun tarikh spesifiknya masih belum diketahui. Kini, syarikat teknologi itu mengumumkan tarikh pelancaran untuk siri telefon pintar itu iaitu pada 30 Julai 2024 di India, jam 2:30 petang (sama waktu dengan Malaysia).

realme juga sudah menunjukkan rekaan telefon tersebut dalam sebuah video pendek sebelum ini. Syarikat itu bekerjasama dengan Boston Museum of Fina Arts untuk menghasilkan rekaan kedua-dua telefon, di mana ia akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hijau Emerald Green, emas Monet Gold dan ungu Monet Purple.

Monet Purple
Monet Gold

Selain itu, kamera untuk kedua-dua telefon pula akan dilengkapi sensor kamera utama Sony LYTIA 50MP, dengan tambahan kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 3x untuk varian Pro+.

Kamera kedua-dua telefon juga menerima pengiktirafan TUV Rheinland High Resolution Camera Certification, iaitu telefon pertama dalam dunia yang menerima pengiktirafan tersebut bagi menjamin kualiti gambar yang jelas.

realme mengetengahkan kamera ini sebagai telefon AI pertama dengan kamera taraf profesional, dengan imej pemprosesan HYPERIMAGE+ untuk menghasilkan “gambar mirip DSLR.”

Kamera AI bertaraf profesional yang pertama dalam telefon realme
Pengiktirafan TUV Rheinland

Antara spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk telefon ini termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3, bateri 5,050mAh dan pilihan RAM 8GB atau 12GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version