realme bakal melancarkan siri realme 15 pada 18 September ini dengan penekanan kepada rekaan nipis walaupun menampilkan bateri berkapasiti besar. Model utamanya, realme 15 Pro, hadir dengan bateri 7,000mAh tetapi tetap mengekalkan ketebalan hanya sekitar 7.79mm serta berat kira-kira 187 gram.
realme 15 Pro menampilkan konsep Luxury Material Design dengan pilihan warna Flowing Silver dan Velvet Green. Ia turut disertakan ciri Pulse Light iaitu lampu notifikasi bersepadu yang boleh diselaraskan dengan muzik, kamera dan pelbagai mod lain selain berfungsi sebagai dwi-suluh yang boleh diaktifkan hanya dengan goncangan telefon.
realme juga mengetengahkan aspek kecerdasan buatan menerusi gelaran “AI Party Phone”. Antara fungsi utamanya termasuk mod AI Party dan alat suntingan pintar seperti AI Edit Genie serta PicGenie. Nantikan pelancaran rasmi siri realme 15 akan berlangsung di Malaysia pada 18 September ini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

