realme secara rasmi mengumumkan ketibaan siri realme 16 Pro di Malaysia yang terdiri daripada model realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro. Siri terbaharu memfokuskan kepada teknologi fotografi potret, reka bentuk premium dan prestasi kelas pertengahan.
Kamera 200MP LumaColor diperkenalkan dalam siri ini yang dikatakan sebagai satu-satunya kamera 200MP pada telefon pintar dengan harga bawah RM2,500 di Malaysia. Peranti juga dilengkapi teknologi LumaColor IMAGE yang diperakui TÜV Rheinland serta keupayaan zum telefoto 3.5x.
Sistem kamera tersebut direka untuk menghasilkan potret dengan ton kulit lebih semula jadi, kesan bokeh sinematik dan prestasi penggambaran lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Siri realme 16 Pro turut menampilkan reka bentuk “Urban Wild” hasil kerjasama dengan pereka industri terkenal dunia, Naoto Fukasawa.
siri realme 16 Pro disasarkan kepada pengguna muda termasuk pencipta kandungan, pelajar dan pengguna media sosial yang mahukan kemampuan fotografi mudah alih yang lebih menonjol. Bagi pasaran Malaysia, tempahan telah dibuka bermula 26 Mac hingga 10 April 2026 dengan deposit serendah RM20.
Pelanggan yang membuat tempahan awal boleh menikmati pakej hadiah bernilai sehingga RM897 yang merangkumi Smart Band percuma, rebat RM100, waranti lanjutan satu tahun dan perlindungan retak skrin selama setahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

