Site icon TechNave BM

Siri realme 7 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 September

realme Malaysia akan melancarkan telefon terbaru dalam barisan produk Number Series, iaitu siri realme 7 yang terdiri daripada realme 7 dan realme 7 Pro pada Khamis, 24 September jam 12:00 tengah hari di laman Facebook realme Malaysia. Sebelum ini, telefon tersebut telah pun dilancarkan pada 3 September lalu di India.

Antara spesifikasi yang menarik pada realme 7 Pro adalah cipset Snapdragon 720G, pengecasan pantas 65W SuperDart dan empat kamera di belakang termasuk kamera utama 64MP. Untuk realme 7 pula, ia merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset MediaTek Helio G95 Gaming Processor, manakala skrinnya pula mempunyai kadar segar semula 90Hz.

Siri realme 7 telah pun mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification dari Jerman yang membuktikan bahawa telefon ini mampu tahan lama. Untuk spesifikasi penuh kedua-dua telefon, anda boleh lihat pada artikel pelancaran sebelum ini.

Jangan lupa untuk menonton video realme 7 dan realme 7 Pro di saluran YouTube TechNave BM untuk maklumat lanjut tentang peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton pelancaran realme 7 di Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version