Site icon TechNave BM

Siri realme 9 Pro 5G akan dilancar di Malaysia pada 2 Mac 2022

realme telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan realme 9 Pro 5G pada minggu lepas untuk pasaran antarabangsa dan kini, realme Malaysia sudah mengumumkan tarikh pelancarannya untuk pasaran Malaysia iaitu pada hari Rabu, 2 Mac 2022 jam 2:00 petang.

Siri realme 9 Pro 5G adalah telefon kelas pertengahan pertama yang dilengkapi sensor kamera Sony IMX766 untuk menghasilkan kualiti gambar yang cantik. Sensor tersebut berukuran 1/1.56 inci yang boleh menangkap cahaya lebih tinggi sebanyak 63.8% berbanding sensor sebelumnya, serta dilengkapi penstabilan imej optikal.

Selain itu, rekaan luarannya mempunyai teknologi Light Shift Design di mana warnanya boleh berubah jika ia didedahkan kepada sinaran cahaya matahari. Untuk cipset pula, realme 9 Pro+ 5G dilengkapi MediaTek Dimensity 920 5G dengan nod proses 6nm.

realme Malaysia masih belum mengesahkan harga peranti ini, namun ia akan dijual pada harga sekitar RM1,000. Berikut adalah spesifikasi realme 9 Pro untuk pasaran antarabangsa:

realme 9 Pro 5G

realme 9 Pro+ 5G

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version