Site icon TechNave BM

Siri realme C100 dilengkapi bateri 7,000mAh sah bakal dilancar di Malaysia

realme mengumumkan siri realme C100 bakal tiba secara rasmi ke pasaran Malaysia dengan fokus utama terhadap ketahanan bateri ekstrem dalam segmen peringkat permulaan. Digelar “Juara Ketahanan”, siri ini dilengkapi bateri 7,000mAh yang merupakan antara kapasiti terbesar dalam segmen telefon pintar bajet buat masa ini

Ia merupakan lonjakan ketara berbanding standard biasa sekitar 5,000mAh dalam segmen sama. Menurut realme, siri C100 dibangunkan khusus untuk pengguna dengan keperluan penggunaan intensif harian termasuk penghantar makanan, penunggang kurier dan pekerja lapangan yang bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar sepanjang hari.

Dengan kapasiti bateri yang besar, peranti mampu menawarkan tempoh penggunaan lebih panjang serta mengurangkan kebimbangan kehabisan bateri ketika berada di luar. Selain itu, realme turut menyatakan bahawa ia bukan sekadar bergantung kepada bateri tetapi turut akan membawa beberapa peningkatan prestasi bertaraf “mercu” dalam kelasnya.

Namun, butiran penuh masih belum didedahkan. Siri realme C100 dijangka akan memperkenalkan penanda aras baharu dalam segmen mampu milik khususnya daripada segi ketahanan dan kebolehpercayaan penggunaan harian. Maklumat lanjut termasuk spesifikasi penuh, harga rasmi dan tarikh pelancaran di Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version