Site icon TechNave BM

Siri realme GT 2 bakal dilancar pada 28 Februari di MWC 2022

realme akan mengumumkan siri realme GT 2 premiumnya pada 28 Februari di MWC 2022. Pada bulan lalu, siri realme GT 2 ini diumumkan di China merupakan antara telefon pintar yang pertama dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1. realme GT 2 Pro yang diumumkan sebelum ini juga merupakan salah satu telefon pintar berkuasa Snapdragon 8 Gen 1 pertama di Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif realme, Sky Li mengatakan realme GT 2 Pro, akan menjadi produk andalan premium ke tahap baharu. Pengarah Jenama realme Malaysia, Crystal Gong turut mengatakan siri realme GT 2 bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna dari semua latar belakang. 

realme telah mencapai jualan 100 juta unit dan menjadi 6 jenama telefon pintar teratas dalam masa tiga tahun sahaja. realme GT 2 Pro hadir dengan bahagian belakang yang diperbuat daripada bahan bio-polimer, kamera ultra lebar 150° dan komunikasi ke hadapan inovasi realme untuk memberikan pengalaman terbaik.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version