Site icon TechNave BM

Siri realme GT 7 akan dilengkapi bateri 7,000mAh, cas pantas 120W

realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan baharu, realme GT 7 Series, pada 27 Mei ini dan kini syarikat itu telah berkongsi spesifikasi mengenai bateri dan kadar pengecasannya.

realme mengesahkan bahawa siri realme GT 7 akan dilengkapi bateri yang sangat besar iaitu 7,000mAh dan merupakan kapasiti bateri paling besar untuk siri realme GT setakat ini. Mereka mengatakan bateri ini boleh bertahan selama dua hari.

Selain itu, bateri ini menyokong kadar pengecasan yang sangat laju iaitu 120W. Ia merupakan kadar pengecasan yang sama dengan realme GT 7 Pro yang dilancar pada tahun lepas, namun bateri realme GT 7 Series yang baharu ini adalah lebih besar berbanding varian Pro itu.

Buat masa ini, tiada spesifikasi lain yang disahkan oleh realme tentang realme GT 7 Series. Ia mungkin terdiri daripada realme GT 7 dan realme GT 7 Pro, kedua-duanya mempunyai skrin OLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz.

realme GT 7 mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9400e, manakala realme GT 7T pula mungkin dengan Dimensity 8400. Untuk kamera, kedua-dua telefon mungkin mempunyai kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP di belakang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version