Site icon TechNave BM

Siri realme GT 8 dilancar dengan kamera boleh ubah bentuk dan cip mercu bermula ~RM1,700

realme hari ini melancarkan dua model baharu iaitu realme GT 8 dan GT 8 Pro dengan spesifikasi kelas mercu dan rekaan kamera belakang boleh ubah pertama dalam dunia telefon pintar. Hanya GT 8 Pro hadir dengan sistem kamera modular boleh tanggal yang membolehkan pengguna menukar bentuk modul kamera antara bulat, petak atau rekaan khas bagi menyesuaikan gaya peribadi.

Kedua-dua model dilengkapi paparan fleksibel AMOLED 6.79 inci QHD+ 144Hz dengan kecerahan maksimum 7000 nits. GT 8 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 5 Extreme Edition (4.6GHz) manakala GT 8 menggunakan Snapdragon 8 Extreme Edition (4.32GHz) dengan pilihan RAM hingga 16GB dan storan sehingga 1TB.

Kamera GT 8 Pro menampilkan sistem tiga kamera seperti kamera utama Ricoh GR 50MP, telefoto periskop 200MP dan ultra lebar 50MP dengan zum digital hingga 120x. Model GT 8 pula menggunakan kombinasi kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan telefoto 50MP. Kedua-duanya menyokong rakaman 8K, Dolby Vision dan kamera hadapan hingga 32MP dengan rakaman 4K HDR.

Bateri 7000mAh menyokong pengecasan pantas 120W dan wayarles 50W untuk GT 8 Pro dan pengecasan 100W serta wayarles 50W untuk GT 8. Siri ini menjalankan realme UI 7.0 yang menawarkan AI pintar, Wi-Fi 7, NFC eSE dan pengesanan cap jari ultrasonik. Di China, GT 8 bermula pada harga 2899 Yuan (~RM1,700) dan GT 8 Pro pada 3999 Yuan (~RM2,300).

Walaupun belum diumumkan untuk Malaysia, siri ini dijangka hadir tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version