Site icon TechNave BM

Siri realme GT Master Edition bakal dilancar secara rasmi 21 Julai ini

Selepas beberapa minggu khabar angin mengenainya muncul dalam talian, realme secara rasmi telah mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar siri realme GT Master Edition. Acara pelancaran tersebut akan berlangsung pada 21 Julai ini (Jam 2 petang masa tempatan).

Seperti telefon Master Edition sebelum ini, realme sekali lagi telah bekerjasama dengan pereka bentuk Jepun, Naoto Fukasawa untuk siri GT Master Edition.

Siri ini dikhabarkan terdiri dari dua model iaitu realme GT Master Edition dan realme GT Master Explorer Edition. Untuk spesifikasi, realme GT Master Edition dikhabarkan akan menggunakan skrin AMOLED 6.55 inci, sensor cap jari bawah skrin, kamera swafoto 32MP dan kamera utama 50MP Sony IMX766. Ia juga mungkin akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 870, RAM 12GB, storan 512GB dan bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Manakala untuk realme GT Master Explorer Edition pula, ia dikatakan akan menggunakan skrin AMOLED 6.43 inci, sensor cap jari bawah skrin, cipset Snapdragon 778 dan RAM 12GB bersama storan 256GB. Sama seperti Master Edition, ia akan dilengkapi bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Untuk kamera pula, ia dijangka hadir dengan kamera swafoto 32MP dan kamera utama 64MP.

Gambaran realme GT Master Edition

Apa pun, nantikan spesifikasi dan reka bentuk rasmi peranti siri ini sewaktu pelancarannya tidak lama lagi.

Lihat berita lepas mengenai siri realme GT Master Edition di sini.

Ikuti kami di Facebook untuk berita lanjut dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version