Site icon TechNave BM

Siri realme GT sah akan masuki pasaran Global bulan Jun ini!

Semalam, CEO realme India, Madhav Sheth telah mengumumkan bahawa mereka akan membawakan siri realme GT ke pasaran global. Beliau juga memberitahu bahawa telefon pintar dari siri GT ini akan dilancarkan pada bulan Jun dan Julai ini.

Di dalam siri realme GT ini, terdapat dua jenis telefon pintar andalan. Yang pertama adalah ‘realme GT Performance Flagship’ yang hadir dengan cipset yang berkuasa tinggi. Manakala yang kedua adalah ‘realme GT Camera Flagship’ yang menawarkan prestasi kamera yang lebih baik.

realme GT Performance Flagship dijangka akan hadir dengan cipset Snapdragon 888 serta spesifikasi lain yang sama seperti realme GT 5G yang telah dilancar di China beberapa bulan yang lalu.

Manakala untuk realme GT Camera Flagship, ia mungkin dilengkapi spesifikasi yang hampir sama seperti realme GT Neo. Namun, ia dikatakan akan hadir dengan kamera utama 108MP, bukannya 64MP. Peranti ini juga mungkin akan menambahkan kamera telefoto dan penstabilan imej optikal (OIS) untuk prestasi kamera yang lebih baik.

Lihat artikel ini untuk butiran lanjut mengenai realme GT 5G.

Lihat artikel ini untuk butiran lanjut mengenai realme GT Neo.

Adakah anda meminati siri realme GT ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version