Site icon TechNave BM

Siri realme Narzo 20 dilancar di Malaysia: Helio G95, 6000mAh, 90Hz, cas pantas 65W bermula RM699

Terkini, realme Malaysia telah mengumumkan kehadiran siri realme Narzo 20 di pasaran Malaysia yang terdiri daripada varian standard realme Narzo 20 dan realme Narzo 20 Pro. Peranti yang berfokuskan elemen hiburan ini hadir dengan harga bermula pada RM699.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada siri ini adalah pengecasan pantas 65W SuperDart Charge pada varian Pro, manakala kapasiti bateri besar 6000mAh pada varian standard. Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah atau spesifikasi lanjut di pautan ini.

realme Narzo 20 Pro

Untuk pengetahuan anda, realme Narzo 20 Pro dilengkapi sistem penyejukan yang dinaik taraf , dilapor boleh memberi penyejukan 8.6% lebih baik.

Tambah realme, pengecasan pantas 65W dikatakan mampu mengecas sepenuhnya bateri 4500mAh pada realme Narzo 20 Pro dalam masa 38 minit sahaja.

realme Narzo 20

Tambah realme, realme Narzo 20 menawarkan bateri besar berkapasiti 6000mAh yang mampu memberikan prestasi yang baik untuk hiburan. Anda juga boleh mengoptimumkan kuasa bateri dengan mod-mod tertentu seperti App Quick Freeze, Screen Battery Optimization dan Super Power Saving Mode.

Harga yang dipasarkan di Malaysia untuk realme Narzo varian 4GB+64GB adalah RM699, manakala realme Narzo 20 Pro varian 8GB+128GB adalah RM1,199. Untuk mendapatkannya dengan harga lebih rendah, anda boleh membelinya di Lazada pada 11 November sahaja melalui jualan 11.11.

Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version