Site icon TechNave BM

Siri realme Narzo 50 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 920 5G, AMOLED 6.43″ 90Hz dan pengecasan 33W bermula RM899

realme terus mengembangkan barisan perantinya dan hari ini, mereka melancarkan siri Narzo 50 5G di Malaysia. Sebagai tambahan kepada model barisan standard, mereka turut memperkenalkan realme Narzo 50 Pro 5G.

realme Narzo 50 5G mempunyai panel IPS 6.5 inci dengan resolusi 2400×1080 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan 190Hz. Peranti ini dilengkapi Dimensity 810, RAM 6GB, storan dalaman 128 GB dan bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas Dart 33W.

Selain itu, telefon pintar ini menawarkan pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, slot kad mikroSD sehingga 1TB, antara muka realme UI 3.0 berasaskan Android 12, kamera swafoto 8MP dan kamera utama dengan dua sensor 48MP + 2MP.

realme Narzo 50 Pro 5G pula menampilkan paparan FullHD+ 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset Dimensity 920, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Selain itu, resolusi kamera swafoto ialah 16MP dan sokongan tiga sensor 48MP + ultra-lebar 8MP + makro 2MP pada bahagian belakang.

Spesifikasi penuh realme Narzo 50 5G:

Spesifikasi penuh realme Narzo 50 Pro 5G:

realme narzo 50 5G 6/128GB berharga RM1,099 manakala realme narzo 50 Pro 5G berharga RM1,299 serta kedua-duanya mempunyai dua pilihan warna iaitu biru dan hitam. Untuk promosi pelancaran, anda boleh memiliki realme Narzo 50 5G dengan harga RM899 dan RM1,099 untuk Narzo 50 Pro 5G pada 25 Mei 2022 di Lazada. Tambahan, pembeli Narzo 50 Pro 5G akan berpeluang mendapatkan realme Q2 Buds.

Adakah anda teruja untuk melihat siri realme Narzo 50 5G? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version