Site icon TechNave BM

Siri realme Narzo 50 dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, bateri 5,000mAh bermula RM529

realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru dalam siri realme Narzo iaitu realme Narzo 50 dan realme Narzo 50A Prime. Seperti dalam telefon Narzo sebelum ini, kedua-dua peranti menampilkan fungsi dan spesifikasi menarik untuk harga yang dijual.

realme Narzo 50A Prime merupakan telefon yang ternipis dalam siri realme Narzo, dengan ketebalan 8.1mm sahaja. Di belakang, ia mempunyai rekaan Kevlar Speed Texture Design dalam warna hitam Glowing Black atau hijau Glowing Green.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme Narzo 50A Prime:

Untuk realme Narzo 50 pula, ia menawarkan spesifikasi yang lebih canggih untuk gamers yang inginkan telefon kelas permulaan. Ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G96, skrin dengan kadar segar semula 120Hz, RAM dinamik 11GB dan pengecasan pantas 33W.

Ia masih dilengkapi rekaan Kevlar Speed Texture Design yang terdapat pada realme Narzo 50A. Berikut adalah spesifikasi untuk realme Narzo 50:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki mana-mana telefon realme Narzo di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version