Site icon TechNave BM

Siri realme P4 dilengkapi bateri 10,000mAh bakal dilancar di Malaysia

realme mengumumkan pelancaran siri telefon pintar baharu siri realme P4 yang memfokuskan kepada tiga elemen utama iaitu bateri tahan lama, prestasi gaming lancar dan AI Gaming lebih pintar. Siri terbaharu hadir dengan tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4 Lite.

Model utama ialah P4 Power 5G yang hadir dengan bateri Titan 10,000mAh+ dan menjadikannya antara telefon pintar pertama di Malaysia menawarkan kapasiti bateri sebesar itu. Keseluruhan siri P4 akan menawarkan pengalaman penggunaan lebih lancar menerusi kombinasi paparan kadar segar semula tinggi bersama optimisasi perisian dan perkakasan.

Bagi gaming pula, siri ini dilengkapi AI Gaming Engine yang membantu meningkatkan prestasi permainan menerusi pengoptimuman prestasi, kestabilan rangkaian, pengurangan sentuhan silap dan pengurusan aplikasi latar belakang yang lebih efisien.

realme dilihat terus memberi fokus kepada segmen pengguna muda yang mahukan telefon berprestasi tinggi dengan bateri besar tanpa perlu membayar harga mercu. Setakat ini, realme Malaysia masih belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi ataupun harga jualan bagi siri P4. Namun maklumat lanjut dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version