Site icon TechNave BM

Siri realme Q5 bakal dilancar: Mungkin miliki cipset SD 870, kamera 64MP dan bateri 5,000mAh

Terdapat laporan terbaru mengenai perancangan realme untuk melancarkan siri realme Q5 di China. realme mengesahkan laporan tersebut di mana acara pelancarannya pada 2 petang, 20 April ini.

realme dijangka akan mengumumkan dua model iaitu realme Q5 dan realme Q5 Pro. Mereka akan mengesahkan nama model realme Q5 dalam beberapa hari akan datang sebelum pelancaran manakala RMX3372, RMX3574, RMX3571 dan RMX3575/6 telahpun disahkan oleh pihak berkuasa TENAA China baru-baru ini.

Model RMX3372 mungkin muncul sebagai realme Q5 Pro yang dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.62 beresolusi FHD+. Ia mempunyai kamera swafoto 16MP dan tri-kamera belakang 64MP + 8MP + 2MP.

Ia mungkin dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870, RAM 12GB dan storan 512GB. Ia mempunyai bateri 5,000mAh, pengimbas cap jari dalam skrin dan slot kad mikroSD untuk storan tambahan. Ia dijangka hadir dalam warna Mirror Black, Dream Blue dan Super Orange.

Model RMX3574 pula mungkin mula masuk dalam pasaran China dengan nama realme Q5 atau Q5i. Ia mempunyai paparan IPS FHD+ 6.58-inci, kamera swafoto 8MP, sistem dwi-kamera 13MP + 2MP, pemproses okta-teras 2.4GHz, RAM 4GB / 6GB, storan 128GB dan bateri 5,000mAh.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version