Site icon TechNave BM

Siri Redmi K50 akan dilancar pada Februari 2022, bakal dilengkapi pengecasan pantas 120W

Redmi telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon andalan Redmi K50 pada bulan Februari 2022 di China. Dalam sebuah poster yang dikongsi dalam media sosial Weibo, mereka tidak memperincikan hari pelancarannya dan sekadar menulis bahawa ia akan dilancar pada bulan Februari.

Poster itu juga mengesahkan bahawa Redmi K50 Pro akan dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 120W serta bateri berkapasiti 4,700mAh. Redmi mengatakan kadar itu boleh mengecas penuh baterinya daripada 0% sepantas 17 minit sahaja.

Selain itu, Redmi turut menunjukkan fungsi penyejukan yang baharu dalam Redmi K50 di mana ia akan dilengkapi dwi-kamar wap (dual vapor chamber) bersaiz besar untuk daya penyejukan yang lebih pantas sebanyak 2 kali ganda berbanding Redmi K40. Mereka mengatakan Redmi K50 bakal menjadi telefon Snapdragon 8 Gen 1 yang “paling sejuk”.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi K50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version