Site icon TechNave BM

Siri Redmi K50 akan dilancarkan pada 17 Mac ini

Selepas hampir sebulan daripada pelancaran Redmi K50 Gaming, syarikat itu akhirnya mengumumkan bahawa ia akan mengumumkan siri Redmi K50 kepada global minggu hadapan. Hari ini, ia telah mendedahkan tarikh pelancaran peranti yang mungkin Redmi K50 dan K50 Pro pada 17 Mac ini.

Tidak lama dahulu, Redmi telah mengesahkan bahawa salah satu peranti itu akan menampilkan cipset terbaharu MediaTek Dimensity 8100. Walaupun ia tidak menyebut peranti yang mana, khabar angin mengandaikan bahawa ia berkemungkinan disertakan pada varian standard. Sementara itu, varian Pro akan dilengkapi cipset Dimensity 9000.

Spesifikasi lain yang akan hadir pada peranti ini ialah skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi FullHD+, RAM sehingga 12GB dan memori sehingga 256GB, bateri 4500mAh hingga 5000mAh dan pengecasan pantas 120W. Tambahan, kedua-dua peranti juga dijangka menawarkan sensor 108MP untuk kameranya.

Adakah anda menantikan peranti ini? Beritahu kami di Facebook jika anda akan selalu merujuk protokol ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version