Site icon TechNave BM

Siri Redmi K50 dilancar: Dimensity 9000, pengecasan 120W dan kamera 108MP bermula ~RM1,585

Redmi akhirnya telah melancarkan siri K50 selepas memperkenalkan K50 Gaming bulan lepas. Siri ini membawakan dua peranti iaitu Redmi K50 dan K50 Pro dengan cipset Dimensity 8100 serta MediaTek 9000. Kedua-duanya turut memaparkan paparan AMOLED QHD+ 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

K50 mempunyai bateri 5,500mAh dan Pro dilengkapi dengan bateri 5,000mAh. Walau bagaimanapun, K50 Pro menyokong kelajuan pengecasan pantas yang lebih tinggi pada 120W yang didakwa oleh Xiaomi bahawa ia mampu mengecas sepenuhnya dalam masa 19 minit sahaja manakala K50 pula menyokong pengecasan 67W.

Persediaan kamera pada varian Pro membawakan kamera utama 108MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), ultralebar 8MP dan sensor makro 2MP. Namun, kamera pada varian standard hadir dengan kamera utama OIS 48MP dengan dua sensor lain yang sama. Kedua-duanya memiliki kamera swafoto 20MP.

Ciri lain terdapat pada siri ini ialah pengimbas cap jari yang dipasang pada bahagian sisi, port USB-C dan MIUI 13. Siri Redmi K50 dijual di China dengan harga K50 bermula dari 2,399 Yuan (~RM1,585) untuk model 8/128GB dan K50 Pro bermula dari 2,999 Yuan (~RM1,981) untuk spesifikasi yang sama.

Pada masa ini, masih tiada maklumat rasmi tentang pelancaran globalnya. Apakah pendapat anda tentang siri Redmi K50? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Authority

Exit mobile version