Site icon TechNave BM

Siri Redmi K60 dilancar: SD 8+ Gen 1, RAM 16GB, storan 512GB dan 5,500mAh bermula ~RM1,588

Redmi akhirnya telah melancarkan siri Redmi K60 baharu di China yang terdiri daripada Redmi K60, Redmi K60 Pro dan Redmi K60E

Bermula dengan varian standard, Redmi K60 membawa cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM LPDDR5 16GB dan storan UFS 3.1 512GB. Ia mempunyai bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas berwayar 67W dan pengecasan tanpa wayar 30W.

Di bahagian kamera, telefon pintar ini mempunyai kamera utama 60MP dengan Penstabilan Imej Optik (OIS), lensa ultralebar 8MP dan lensa makro 2MP. Ia menggunakan MIUI 14 berdasarkan Android 13.

Redmi K60 Pro pula dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 terbaru Qualcomm, RAM LPDDR5 16GB dan storan UFS 4.0 512GB. Ia dilengkapi dengan sistem pelesapan haba VC super besar 5,000mm². Sama seperti varian standard, ia menggunakan MIUI 14 berdasarkan Android 13.

Telefon pintar ini memaparkan tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama Sony IMX800 50MP dengan OIS dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS). Terdapat juga unit ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Di bahagian hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 16MP.

Spesifikasi lain termasuk dwi SIM, 5G, WiFi dwijalur, Bluetooth 5.3, GNSS, NFC dan USB Type-C. Redmi K60 Pro mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 30W.

Kedua-dua peranti di asta menggunakan panel 6.67 inci dengan kecerahan puncak 1400nit, 68.7 bilion warna, gamut warna P3 dan 1920Hz PWM frekuensi tinggi Dimming. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari bawah paparan.

Yang terakhir, Redmi K60E dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8100, RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. Ia membawa tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 48MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Bahagian hadapannya menampilkan kamera swafoto 20MP

Siri Redmi K60 akan mula dijual di China pada 31 Disember ini. Di bawah merupakan harga yang ditawarkan mengikut konfigurasi RAM dan storan:

Redmi K60 (Hitam, Putih, Cyan dan Biru):  

Redmi K60 Pro (Hitam, Cyan dan Putih):

Harga Redmi K60E bermula dari 2,199 yuan (~RM1,397) tetapi kami tidak pasti harganya mengikut varian. Buat sementara ini, kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai kehadirannya ke pasaran Malaysia. 

Sekiranya ia dilancarkan secara global, kami menjangkan Redmi K60 dan Pro akan membawa kemunculan ke negara ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Times of India

Exit mobile version