Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 10 dan POCO X3 Pro dapat pengiktirafan SIRIM

Siri Redmi Note 9 adalah antara telefon pintar Redmi yang terlaris pada 2020, jadi syarikat itu pasti akan melancarkan sekuelnya Redmi Note 10 dalam masa terdekat. Kini telefon tersebut telah pun mendapat pengiktirafan daripada organisasi piawaian tempatan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Redmi Note 10 mempunyai nombor kod M2101K7AG, Redmi Note 10 Pro ialah M2101K6AG manakala sebuah lagi telefon, POCO X3 Pro, ialah M2102J20SG. Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran dan spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga telefon masih belum diketahui.

Menurut sumber, Redmi Note 10 akan terdapat dalam dua varian memori iaitu 4GB+64GB dan 6GB+64GBm manakala Redmi Note 10 pula terdapat dalam tiga varian iaitu 6GB+64GB, 6GB+128GB dan 8GB+128GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version