Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 10 dilancar: Kamera 108MP, AMOLED 120Hz, Snapdragon 732G bermula RM649

Redmi hari ini telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, Redmi Note 10 yang terdiri daripada empat varian utama iaitu Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 5G. Telefon ini akan mula dijual di Malaysia bermula 8 Mac dengan harga bermula RM649.

Siri telefon ini dilengkapi spesifikasi yang sangat menarik untuk telefon kelas pertengahan, seperti skrin AMOLED 120Hz dan kamera 108MP. Pada waktu artikel ditulis, hanya Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 yang sudah disahkan untuk pasaran Malaysia, manakala Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G akan dimaklumkan kelak.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk empat varian utama dalam siri Redmi Note 10:

Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10

Redmi Note 10S

Redmi Note 10 5G

Sebelum ini, siri Redmi Note 9 adalah antara telefon kelas pertengahan terlaris di Malaysia jadi kami menjangkakan sambutan yang sama pada tahun ini untuk siri Redmi Note 10. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version