Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 10: Jangkaan harga, spesifikasi sebelum pelancaran 4 Mac

Seperti yang anda sudah tahu, generasi seterusnya untuk siri Redmi Note 9 iaitu siri Redmi Note 10 bakal dilancar pada 4 Mac 2021, jam 8 malam waktu Malaysia. Pelancaran antarabangsa ini boleh ditonton melalui laman Facebook Xiaomi Malaysia atau di laman YouTube Xiaomi Malaysia.

Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang ura-ura spesifikasi siri Redmi Note 10. Jika mengikut kepada garis masa terdahulu, Xiaomi biasanya melancarkan varian standard dan Pro terdahulu, kemudian disusuli dengan yang lain. Contohnya, Xiaomi melancarkan Redmi Note 9 dan Note 9 Pro bersama, disusuli dengan Redmi Note 9s. Namun, terdapat sumber yang menyatakan bahawa terdapat juga Redmi Note 10 Pro Max.

Jadi, anda boleh menjangkakan Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro/Pro Max pada sesi pelancaran kali ini (4 Mac). Spesifikasi yang dijangkakan pada kesemua model siri kali ini adalah perubahan pada skrin iaitu skrin AMOLED, janaan cipset dan rekaan panel belakang yang dikatakan seakan rekaan belakang siri Redmi K40. Gambar yang dipaparkan di bawah hanyalah imej janaan komputer dari sumber tidak rasmi.

Anda boleh menyemak spesifikasi jangkaan seperti di bawah atau menyemak berita lepas.

Redmi Note 10

Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10 Pro Max

Jangkaan harga – Bermula RM700?

Setakat ini, masih tiada sumber yang mendedahkan harga lengkap untuk siri Redmi Note 10 melainkan sebuah sumber yang hanya mendedahkan harga Redmi Note 10 Pro, iaitu $279 (~RM1,130). Namun, perlu diingatkan bahawa ianya adalah dari sumber tidak rasmi.

Jika benar harga Redmi Note 10 Pro adalah sekitar ~RM1,130, maka kita boleh menjangkakan harga yang lebih rendah sebagai harga permulaan untuk Redmi Note 10 versi standard kira-kira sekitar RM700. Terdahulu, Redmi Note 9 dijual pada harga RM649. Tidak hairan jika harga permulaan siri Redmi Note 10 sedikit tinggi memandangkan ia dilengkapi spesifikasi yang lebih tinggi.

Apa pun, nantikan berita pelancaran rasminya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dan kongsikan jangkaan harga anda terhadap peranti ini di laman Facebook kami.

Exit mobile version