Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 10 sah hadir dengan kamera 108MP, realme juga tidak ketinggalan

Setelah melancarkan siri realme Narzo 30 beberapa hari lepas, jenama ini dilihat menanti waktu tepat untuk mengumumkan barisan beberapa peranti baru yang lain termasuklah realme 8. CEO realme India dan Eropah telah memuat naik poster mengacah kehadiran sensor 108MP.

Selain mengacah kehadiran sensor 108MP, poster tersebut turut memperlihatkan tetapan kamera kuad untuk peranti akan datang. Yang pasti, poster ini ukan ditujukan untuk realme GT kerana realme GT mempunyai tetapan tiga kamera sahaja di belakang.

Anda boleh melihat spesifikasi peranti terdahulu siri realme 7 di pautan ini. Untuk pengetahuan anda, kamera 108MP dilihat seperti menjadi trend baharu pada tahun ini. Selain realme, Redmi juga turut mengesahkan bahawa siri Redmi Note 10 bakal dilengkapi kamera 108MP.

Redmi India telah memuat naik poster acahan dan menyatakan bahawa siri Redmi Note 10 pada tahun ini bakal hadir dengan kamera andalan 108MP. Siri Redmi Note 10 bakal dilancar secara rasmi pada 4 Mac 2021 ini.

Apakah pandangan anda mengenai peranti kelas pertengahan yang memiliki kamera 108MP? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version