Xiaomi hari ini mengumumkan ketibaan siri Redmi Note 11 di Malaysia. Terdapat empat varian dalam siri ini iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11.
Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S menampilkan kamera utama 108MP, ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Selain itu, sensor kedalaman 2MP pada Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 membolehkan pengguna mencipta kesan bokeh semula jadi untuk tangkapan potret. Bahagian hadapan Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S menampilkan kamera swafoto 16MP.
Terdapat dua pilihan saiz skrin iaitu 6.67 inci dan 6.43 inci yang dilengkapi penyegaran semula skrin 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan sehingga 360Hz. Siri ini dilengkapi dengan FHD+ AMOLED DotDisplay yang menampilkan gamut warna lebar DCI-P3 mencapai sehingga 1200 nits untuk memastikan kejelasan skrin.
Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695 dengan kadar kelajuan sehingga 2.2 GHz . Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S menggunakan cipset MediaTek Helio G96 dan RAM sehingga 8GB manakala Redmi Note 11 hadir dengan cipset Snapdragon 680.
Keempat-empat peranti siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W pada Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro. Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 Pro menampilkan pengecasan pantas 33W.
Dari 11 hingga 18 Februari 2022, Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro akan tersedia untuk prapesanan di stor Xiaomi dan stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Manakala Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula sedia untuk dibeli mulai 11 Februari 2022.
Model | Varian | Harga | Tawaran di Kedai Rasmi Xiaomi | Tawaran dalam talian | Kedai dalam talian |
Redmi Note 11 Pro 5G | 6GB+128GB | RM1199 | – | Tempahan RM1099 + PERCUMA Redmi BUds 3 | Lazada | Shopee |
8GB+128GB | RM1299 | Tempahan PERCUMA hadiah premium bernilai RM328 | Tempahan PERCUMA Mi Smart Band 6 | ||
Redmi Note 11 Pro | 6GB+128GB | RM999 | – | Tempahan RM949 + PERCUMA Mi True Wireless Earbuds Basic 2 | Lazada | Shopee |
8GB+128GB | RM1099 | Tempahan PERCUMA hadiah premium bernilai RM328 | Tempahan PERCUMA Mi Smart Band 6 | ||
Redmi Note 11S | 6GB+64GB | RM899 | – | RM799 | Lazada | Shopee |
8GB+128GB | RM999 | PERCUMA hadiah premium bernilai RM139 | PERCUMA Redmi Buds 3 | ||
Redmi Note 11 | 4GB+128GB | RM749 | – | RM699 | |
6GB+128GB | RM799 | PERCUMA hadiah premium bernilai RM139 | PERCUMA Redmi Buds 3 | Lazada | Shopee |
**Hadiah premium PERCUMA bernilai RM139 termasuk beg tote edisi terhad dan selimut bantal premium. Tersedia dengan setiap pembelian dari 11 hingga 22 Februari 2022 hanya di kedai Xiaomi Sah di Malaysia.
***Tawaran dalam talian hanya tersedia dalam talian di kedai Lazada dan Shopee rasmi di Malaysia.
Nota: Semua tawaran istimewa adalah untuk masa terhad sahaja sementara stok masih ada.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan mana-mana varian Redmi Note 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.