Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 11E dilancar: SD 695, AMOLED 6.67″ 120Hz dan bateri 5,000mAh bermula ~RM796

Siri Redmi Note 11 terus berkembang dengan pelancaran dua peranti baharu daripada barisan Note 11E. Selepas mengumumkan Redmi Note 11E Pro semalam, jenama itu terus mengumunkan varian Note 11E hari ini. Walaupun ianya mungkin tidak akan tersedia secara rasmi dalam pasaran tempatan, namun mari kita lihat spesifikasi yang ditawarkan oleh Redmi.

Redmi Note 11E Pro adalah Note 11 Pro 5G global yang dijenamakan semula. Ia menggunakan paparan AMOLED FHD+ 6.67 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695, RAM LPDDR4X 8GB dan storan dalaman 256GB UFS 2.1. Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 67W.

Bahagian belakangnya mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP + kamera super lebar 8MP dan lensa makro 2MP. Pada bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 16MP. Harga permulaan bagi Note 11E Pro ialah 1,699 yuan (~RM1,128) untuk varian 6+128GB.

Redmi Note 11E mempunyai panel FHD+ 90Hz 6.58 inci dan dikuasakan oleh cipset Dimensity 700 MediaTek bersama-sama dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Bahagian belakangnya terdapat dua kamera iaitu kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 5MP pada takuk titisan air (waterdrop). Untuk harga, varian standard bermula pada harga 1,199 Yuan (~RM796) untuk varian 4+128GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version