Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 12 bakal dilancar secara global pada 23 Mac ini

Siri Redmi Note 12 telah dilancarkan di China pada bulan Oktober lepas. Kemudian, ia dilancarkan di India pada Januari 2023 dan kini jenama itu mengatakan “kali ketiga pesona” di mana satu lagi pelancaran akan dilakukan pada 23 Mac ini membawah slogan “Live vivid”.

Namun, kami tidak menerima sebarang butiran pasaran khusus yang akan dilancarkan. Ia dijangka akan membawa siri itu ke Eropah dan mungkin beberapa negara yang lain. Acara itu akan berlangsung dalam talian pada 11:00 malam mengikut waktu China dan Malaysia.

Sebagai imbas kembali, siri ini membawakan tiga peranti iaitu Redmi Note 12 Pro, Redmi Note 12 Pro Plus dan Redmi Note 12 Explorer Edition. Perlu dinyatakan bahawa ketiga-tiga peranti ini agak serupa tetapi berbeza daripada segi spesifikasi.

Semua model menggunakan paparan OLED FHD+ lubang tebuk berpusat 6.67 inci dengan resolusi 2,400 x 1,080 piksel, kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz, pemalapan PWM 1920Hz dan peredupan 16,000 tahap. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1800 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2.

Adakah anda salah seorang peminat Xiaomi? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  GSMArena

Exit mobile version