Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 12 dilancar di Malaysia: Kamera 200MP OIS, skrin AMOLED 120Hz dan cas pantas 120W bermula RM699

Xiaomi hari ini telah melancarkan siri Redmi Note 12 untuk pasaran Malaysia. Siri ini dilancarkan sempena Festival Peminat Xiaomi 2023 dan menampilkan tiga peranti iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12.

Daripada segi spesifikasi, Redmi Note 12 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 685, paparan beresolusi FHD + 6.67 inci, menyokong penyegaran 120Hz, bateri 5,000mAh dan dilengkapi kamera utama 50MP di belakang. Spesifikasi Redmi Note 12 5G pula pada asasnya adalah sama seperti Redmi Note 12 tetapi digantikan oleh cipset Snapdragon 4 Gen 1 yang menyokong 5G dan kamera utama belakang ialah 48MP.

Redmi Note 12 Pro + dilengkapi dengan cipset Dimensity 1080, bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan boleh mengecas telefon sepenuhnya dalam 19 minit. Menariknya, Redmi Note 12 Pro+ menggunakan kamera utama 200MP di belakang dan menyokong penstabilan imej optik (OIS). Ia merupakan telefon pertama yang menawarkan penstabilan imej optikal 200MP.

Redmi Note 12 Pro+ 5G

Redmi Note 12 5G

Redmi Note 12

Dari 6 hingga 15 April, anda boleh menikmati promosi eksklusif Xiaomi Fan Festival apabila membeli siri Redmi Note 12, telefon pintar Xiaomi baharu dan produk AIoT lain dalam tempoh ini. Anda boleh mendapatkan Redmi Smart Band 2 secara percuma dengan pembelian siri Redmi Note 12 sementara stok masih ada.

Selain itu, untuk Redmi Note 12 varian 6/128GB akan dijual secara eksklusif pada platform e-dagang. Dari 6 hingga 14 April, anda boleh membeli Redmi Note 12 (6GB+128GB) di Lazada dan Shopee dengan diskaun eksklusif serta anda boleh menikmati harga pembelian awal iaitu RM659.

Siri Redmi Note 12 akan mula dijual pada 14 April dan fon telinga Redmi Buds 4 Lite juga akan diberikan secara percuma pada ketika itu. Kepada yang berminat, anda boleh lawati laman rasmi Xiaomi, Lazada atau Shopee.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version