Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 13 bakal dilancar secara global pada 4 januari 2024

Xiaomi telah secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran global bagi siri Redmi Note 13 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari tahun depan dengan tema ‘SuperPower. SuperNote‘. Siri ini termasuk Redmi Note 13, Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13 Pro+ yang dilancarkan pertama kali di China pada bulan September.

Siri Redmi Note 13 merupakan kumpulan telefon kelas pertengahan yang terkenal dengan daya kuasa yang baik. Model Pro dan Pro+ dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7s Gen 2 dan MediaTek Dimensity 7200 Ultra menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Redmi Note 13 biasa. Ketiga-tiga peranti ini mempunyai panel AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, tetapi model yang lebih tinggi menampilkan paparan yang lebih terang.

Model Pro dan Pro+ juga menawarkan lebih banyak RAM, kamera yang hebat dengan kamera utama 200MP, ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Sebaliknya, Redmi Note 13 mempunyai dua kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP. Setiap telefon membawa kuasa pengecasan berbeza di mana Redmi Note 13 Pro+ membawa kuasa pengecasan yang terpantas pada 120W.

Walaupun tiada yang menyokong pengecasan wayarles, semua telefon dilengkapi dengan MIUI 14 dan ciri-ciri menarik yang lain. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version