Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 13 dilancar di Malaysia: Kamera 200MP, cas pantas 120W, OLED 120Hz bermula RM749

Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G. Seperti tahun-tahun sebelum ini, siri Redmi Note 13 ini dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih namun masih dijual pada harga yang sangat mampu milik.

Sebagai varian tercanggih, Redmi Note 13 Pro+ 5G dilengkapi spesifikasi yang tertinggi seperti skrin AMOLED 120Hz dengan resolusi 1220×2712, kamera utama 200MP, pengecasan pantas 120W dan bateri besar 5,000mAh. Badannya mempunyai rating kalis air dan debu IP68 manakala skrinnya dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus untuk ketahanan tertinggi.

Cipsetnya pula ialah Mediatek Dimensity 7200 Ultra yang dibuat dengan nod proses 4nm dan menawarkan prestasi telefon kelas pertengahan yang memuaskan. Satu lagi perkara yang perlu diketahui adalah varian Pro+ merupakan satu-satunya varian yang tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

Sementara itu, Redmi Note 13 Pro 5G turut mempunyai skrin AMOLED 120Hz dengan resolusi 1220×2712 dan kamera utama 200MP, namun kadar pengecasannya rendah sedikit iaitu 67W sahaja. Kapasiti baterinya pula lebih besar sedikit iaitu 5,100mAh.

Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, iaitu telefon Redmi pertama yang menggunakan cipset kelas pertengahan ini sejak ia dilancar pada September 2023. Selain itu, ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP54 dan skrin dengan kaca Gorilla Glass Victus.

Akhir sekali, Redmi Note 13 5G juga mempunyai skrin AMOLED 120Hz, namun ia mempunyai resolusi yang lebih rendah iaitu 1080×2400. Kamera utamanya sekadar menawarkan sensor 108MP, manakala kadar pengecasannya adalah yang paling rendah dalam siri ini iaitu 33W sahaja.

Selain itu, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 juga adalah satu-satunya varian yang menawarkan slot kad microSD untuk membesarkan storan. Cipsetnya menggunakan Mediatek Dimensity 6080, manakala badannya mempunyai rating kalis air IP54 dan skrinnya dibuat dengan kaca Gorilla Glass 5.

Semua telefon dalam siri Redmi Note 13 akan menerima kemas kini untuk sistem operasi HyperOS pada masa hadapan.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri telefon ini:

Redmi Note 13 Pro+ 5G

Redmi Note 13 Pro+ 5G

Redmi Note 13 Pro 5G

Redmi Note 13 Pro 5G

Redmi Note 13 5G

Redmi Note 13 5G

Redmi Note 13

Redmi Note 13

Pra-tempahan boleh dibuat bermula 16 Januari. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version