Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 14 rasmi di Malaysia dengan SD 7s Gen 3, kamera 200MP dan cas pantas 120W bermula RM699

Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran siri Redmi Note 14 dan beberapa aksesori tambahan seperti siri Redmi Buds 6, Redmi Watch 5, bank kuasa dan banyak lagi untuk pasaran Malaysia. Siri terbaru ini merangkumi empat model iaitu Redmi Note 14 Pro+ 5G, Redmi Note 14 Pro 5G, Redmi Note 14 5G dan Redmi Note 14.

Siri Redmi Note 14 dilengkapi sistem kamera AI canggih yang direka untuk fotografi bertaraf andalan. Model Pro hadir dengan kamera AI 200MP yang disokong penstabilan imej optik (OIS) dengan pelbagai pilihan zoom hingga 30x zoom digital. Sementara itu, Redmi Note 14 dan Redmi Note 14 5G menggunakan kamera AI 108MP.

Bagi kamera hadapan, kesemua model dalam siri ini dilengkapi kamera 20MP dengan sudut lebar 0.8x. Tambahan, ciri-ciri kreatif seperti Dynamic Shots, Dual Video dan fungsi AI seperti AI Image Expansion serta AI Erase Pro menjadikan pengalaman fotografi lebih menarik. Rekaan siri Redmi Note 14 memenuhi keperluan harian dengan ketahanan terhadap jatuhan, percikan air dan calar.

Model Pro+ 5G dan Pro 5G dilengkapi struktur All-Star Armor serta kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 yang memberikan ketahanan maksimum. Model lain dilengkapi kaca Corning Gorilla Glass 5 manakala tahap perlindungan terhadap air dan debu merangkumi IP68 untuk model Pro+ 5G, IP64 untuk model 5G dan IP54 bagi Redmi Note 14.

Redmi Note 14 Pro+ 5G menampilkan cip pemproses Snapdragon 7s Gen 3 yang berasaskan teknologi 4nm manakala model lain menggunakan cip MediaTek dan Helio. Kapasiti bateri antara 5110mAh hingga 5500mAh disokong teknologi pengecasan pantas sehingga 120W HyperCharge.

Dengan daya tahan sehingga 1,600 kitaran pengecasan, bateri siri Redmi Note 14 direka untuk ketahanan jangka panjang. Siri ini turut menampilkan paparan 120Hz dengan teknologi penjagaan mata. Model Pro memberikan resolusi 1.5K dan tahap kecerahan sehingga 3000 nits.

Kesemua model kini boleh didapati di kedai Xiaomi seluruh negara dan platform dalam talian seperti mi.com, Shopee dan Lazada. Harga bermula dari RM XXX bergantung pada model dan kapasiti storan. Dari 11 Januari hingga 15 Januari, pelanggan yang membuat tempahan siri Redmi Note 14 Pro terpilih akan menerima hadiah premium percuma bernilai sehingga RM 1,537 termasuk Set Hadiah Eksklusif BamBam Edisi Terhad, selagi stok masih ada.

Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana Redmi Note 14 Pro di kedai Xiaomi dari 11 Januari hingga 15 Januari juga akan menerima Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact secara PERCUMA (bernilai RM 459), selagi stok masih ada. Pengambilan telefon pintar baru mesti dilakukan antara 16 Januari hingga 19 Januari.

Spesifikasi lengkap Redmi Note 14:

Spesifikasi lengkap Redmi Note 14 5G:

Spesifikasi lengkap Redmi Note 14 Pro 5G:

Spesifikasi lengkap Redmi Note 14 Pro+ 5G:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version