Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 9 baru dilancar 26 November ini: Snapdragon 750G, RAM 8GB, kamera 108MP

Siri Redmi Note 9 baru kini dilapor akan mula dilancar pada 26 November di pasaran China. Spesifikasi seperti janaan cipset Snapdragon 750G dan RAM 8GB turut terdedah untuk salah satu model iaitu Redmi Note 9 Pro 5G. Di sisi yang lain, salah satu varian dalam siri baru ini didakwa sebagai peranti sama dengan Redmi Note 9T yang akan muncul di pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, siri redmi Note 9 baru mungkin terdiri daripada dua peranti 5G (Redmi Note 9 5G dan Note 9 Pro 5G) dan satu peranti 4G. Mengenai spesifikasi Redmi Note 9 Pro 5G, penyenaraiannya di Geekbench mendedahkan cipset Snapdragon 750G dan RAM sehingga 8GB. Sumber lalu pula menjangkakan ia dilengkapi storan sehingga 256GB, paparan 6.67 inci LCD 120Hz, kamera kuad 108MP, kamera hadapan 16MP, bateri 4820mAh dan sokongan cas pantas 33W.

Mengenai salah satu varian siri Redmi Note 9 5G yang lain, anda boleh menyemak spesifikasi jangkaan pada berita yang lepas. Apa yang menariknya, Redmi Note 9T yang bakal dilancar di pasaran Malaysia didakwa sebagai varian global untuk salah satu model dalam siri Redmi Note 9 baru. Redmi Note 9T baru-baru ini telah melepasi pengesahan SIRIM bersama POCO M3.

Apa pun, kita perlu menunggu berita pelancaran yang rasmi siri Redmi Note 9 terbaru ini pada 26 November 2020.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2 | 3

Exit mobile version