Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note 9 dilancarkan di Malaysia: Spesifikasi bertahap ‘flagship’, harga bermula RM649

Anda mungkin sudah mengetahui spesifikasi siri Redmi terbaru yang dilancarkan oleh Xiaomi ini memandangkan ia telah dilancarkan secara global pada hujung bulan lalu dan namanya telah meniti di bibir para peminat. Terkini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro ke pasaran Malaysia, menambah bilangan ahli keluarga siri Redmi Note 9 disamping Redmi Note 9S yang telah sedia ada di Malaysia.

Redmi Note 9 Pro tampil dengan cipset Snapdragon 720G yang menyokong prestasi lancar untuk pelbagai fungsi telefon pintar terutamanya gaming dan kamera quad 64MP yang menggilap prestasi fotografi. Walaupun cipset Redmi Note 9 menggunakan Helio G85, tetapi cipset tersebut sebenarnya turut memfokuskan prestasi gaming dengan harga yang lebih berpatutan. Perbezaan lain di antara Redmi Note 9 dan versi Pro adalah dari segi penawaran kamera, RAM, varian storan, tetapan lensa utama, paparan dan pengecasan pantasnya. Semak spesifikasi asas di bawah dan klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro.

Redmi Note 9

Redmi Note 9 Pro

Pelancaran ini semestinya hadir dengan beberapa penawaran menarik. Penawaran pra-tempah bermula pada 11-17 Mei dan bakal tersedia pada 18 Mei melalui Lazada dan kedai dalam talian yang sah. Melalui penawaran ini, anda akan mendapat hadiah sampingan seperti powerbank Redmi 10,000mAh. Apa pun, jika anda ingin mendapatkan Redmi Note 9 pada harga RM599, anda boleh mendapatkannya di Lazada pada 18 Mei ini! Harga siri Redmi Note 9 bermula pada RM649 berdasarkan varian-varian yang tertera di bawah.

Harga Redmi Note 9

Harga Redmi Note 9 Pro

Adakah anda akan menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version