Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Note20 kini rasmi di Malaysia: Anda boleh tukar beli telefon lama anda

Jika anda masih tidak tahu, siri Samsung Galaxy Note20 telah dilancarkan di peringkat global. Samsung Malaysia juga telah mengumumkan beberapa butiran tentang pra-tempahannya. Kini, siri Samsung Galaxy Note20 telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia.

Melalui pelancaran ini, Samsung Malaysia membuka peluang keemasan bagi peminat yang ingin mendapatkan siri Samsung Galaxy Note20 ini. Bermula 21 Ogos 2020 hingga 31 Oktober 2020, pembeli siri Samsung Galaxy Note20 layak membawa pulang hadiah percuma bernilai RM508; UV Sterilizer dengan Pengecas Wayarles dan Wireless Charger Convertible (pengecas wayarles boleh boleh tukar). Anda boleh membelinya di Samsung Experience Store di seluruh negara atau secara dalam talian melalui Samsung e-store.

Lebih menarik, anda boleh tukar beli telefon pintar lama anda kepada siri Samsung Galaxy Note20 baharu, dengan nilai tukar beli sehingga RM4,005. Anda boleh ke pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Note20 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra:

Samsung Galaxy Note20

Samsung Galaxy Note20 Ultra

Adakah anda bakal memilikinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version